KERJA KURSUS STPM BAHASA MELAYU 2017 PENGGAL 3 : MORFOLOGI; KATA KERJA
SMK SULTAN YUSSUF, JALAN ILMU, 31000, BATU GAJAH, PERAK 1.0 Pengenalan Bahagian ini menjelaskan latar belakang kajian, iaitu keterangan tentang kata kerja serta jenis-jenis kata kerja yang terdapat dalam bahasa Melayu. 1.1 Latar Belakang Kajian ini berfokus terhadap morfologi bahasa Melayu iaitu yang berkaitan dengan kata kerja. Dalam menjalankan kajian ini, kami telah memilih lirik lagu berendoi Dendangan Siti Fatimah sebagai bahan kajian kami untuk mengkaji dan mengenal pasti penggunaan kata kerja yang terdapat dalam lirik lagu tersebut. Hal ini demikian kerana, lagu tersebut banyak menggunakan kata kerja yang pelbagai jenis yang terdapat dalam bahasa Melayu. Oleh itu, kami ingin mengenal pasti dan menganalisis jenis kata kerja yang paling kerap digunakan dalam lirik lagu tersebut. Di samping itu, kami menjalankan kajian ini adalah untuk memperkenalkan semula budaya berendoi kepada para pelajar kerana terdapat segelintir pelajar tidak mengetahui dengan lebih...