KERJA KURSUS STPM BAHASA MELAYU 2017 PENGGAL 3 : MORFOLOGI; KATA KERJA

Hasil carian imej untuk logo smk sultan yussuf
SMK SULTAN YUSSUF, JALAN ILMU, 31000, BATU GAJAH, PERAK

1.0 Pengenalan
Bahagian ini menjelaskan latar belakang kajian, iaitu keterangan tentang kata kerja serta jenis-jenis kata kerja yang terdapat dalam bahasa Melayu.

1.1 Latar Belakang
Kajian ini berfokus terhadap morfologi bahasa Melayu iaitu yang berkaitan dengan kata kerja. Dalam menjalankan kajian ini, kami telah memilih lirik lagu berendoi Dendangan Siti Fatimah sebagai bahan kajian kami untuk mengkaji dan mengenal pasti penggunaan kata kerja yang terdapat dalam lirik lagu tersebut. Hal ini demikian kerana, lagu tersebut banyak menggunakan kata kerja yang pelbagai jenis yang terdapat dalam bahasa Melayu. Oleh itu, kami ingin mengenal pasti dan menganalisis jenis kata kerja yang paling kerap digunakan dalam lirik lagu tersebut. Di samping itu, kami menjalankan kajian ini adalah untuk memperkenalkan semula budaya berendoi kepada para pelajar kerana terdapat segelintir pelajar tidak mengetahui dengan lebih terperinci tentang budaya berendoi.
    Berendoi berasal daripada kata “endoi”, iaitu buaian yang secara lazimnya digunakan untuk menidurkan bayi atau kanak-kanak. Berendoi adalah bentuk persembahan yang berunsur keagamaan. Lagu-lagunya adalah berunsur nasihat kepada anak-anak dan juga ibu bapa. Berendoi ini juga berfungsi sebagai alat hiburan dan pengajaran serta nasihat supaya anak mendengar nasihat ibu bapa. Nasihat bercorak agama disampaikan melalui lagu-lagu Nabi Muhammad dan Rukun Islam yang menceritakan sejarah nabi dan kehidupan nabi.
Berendoi dipercayai berasal dari negeri Perlis bermula sekitar tahun 1930-an, dan kini juga terdapat di Kedah. Peralatan persembahan ialah sebuah “endoi” atau buaian digantung di tengah-tengah rumah, air satu jag dan juga sirih pinang yang diletakkan di dalam tepak sireh. Upacara berendoi ini boleh diadakan pada siang atau malam hari.

1.2 Definisi Konsep
Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi sesuatu binaan frasa kerja. Secara lazimnya, kata kerja menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Kata kerja terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif terdiri daripada pelbagai jenis seperti kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif. Manakala kata kerja tak transitif pula terdiri daripada kata kerja tak transitif tanpa pelengkap, dan kata kerja tak transitif berpelengkap.

2.0 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:
a) Mengenal pasti kata kerja dalam lirik lagu berendoi Dendangan Siti Fatimah.
b) Mengelaskan jenis kata kerja dalam lirik lagu berendoi Dendangan Siti Fatimah.
c) Menganalisis kata kerja yang kerap digunakan dalam lirik lagu berendoi Dendangan Siti Fatimah.

3.0 Kepentingan Kajian
Hasil kajian ini penting untuk
a) Memperlihatkan kata kerja dalam lirik lagu berendoi Dendangan Siti Fatimah.
b) Dijadikan panduan dalam pengajaran, khususnya untuk membetulkan penggunaan kata kerja dalam penulisan bahasa Melayu.
c) Menambahkan dokumentasi kajian yang berkaitan dengan kata kerja.

4.0 Skop Kajian
Kajian ini berfokus kepada penggunaan kata kerja dalam Bahasa Melayu yang digunakan dalam lirik lagu berendoi. Kajian ini juga berfokus kepada jenis kata kerja.

5.0 Batasan Kajian
Kajian ini berfokuskan penggunaan kata kerja dalam lirik lagu berendoi ‘Dendangan Siti Fatimah’. Kajian ini turut berfokuskan jenis penggunaan kata kerja yang terdapat dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2010 oleh Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood.
Kajian kata kerja terdiri daripada kata kerja transitif yang terdiri daripada kata kerja transitif aktif dan kata kerja pasif. Di samping itu, terdapat juga kata kerja tak transitif yang terdiri daripada kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap.

6.0 Kaedah Kajian
Bahagian ini menjelaskan cara penyelidik mendapatkan data sebagai bahan kajian, kaedah penganalisisan data dan kaedah pengumpulan data dapatan kajian.
Kaedah Kepustakaan 
Melalui kaedah ini penyelidik mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kata kerja, dengan merujuk bahan bacaan di perpustakaan seperti buku, majalah, surat khabar dan juga laman sesawang yang berkaitan seperti ‘google’.

6.1 Kaedah Pengumpulan Data
Kajian ini dibuat dengan menggunakan kaedah analisis teks, iaitu pengkaji mengenal pasti kata kerja yang terdapat di dalam lirik lagu. Pengkaji juga menyenaraikan jenis kata kerja yang terdapat dalam lirik lagu.

6.2 Kaedah Penganalisisan Data
Data yang telah diperoleh akan dianalisis dengan memberi tumpuan kepada kajian kata kerja. Pengkaji mengelaskan kata kata kerja mengikut jenis-jenisnya iaitu terdiri daripada kata kerja transitif seperti kata kerja transitif aktif dan kata kerja pasif serta kata kerja tak transitif yang terdiri daripada kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Analisis kekerapan penggunaan kata kerja mengikut jenisnya dipersembahkan dalam bentuk jadual.

7.0 Dapatan Kajian
Dalam bahagian ini diperlihatkan kata kerja dengan jenis-jenisnya dalam lirik lagu berendoi dendangan Siti Fatimah tersebut. Definisi kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan frasa kata kerja. Lazimnya, kata kerja menunjukkan perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.


7.1 Mengenal Pasti Kata Kerja Dalam Lirik Lagu Berendoi Dendangan Siti Fatimah
Pengkaji mengenal pasti jenis kata kerja yang terdapat dalam lirik lagu berendoi dendang Siti Fatimah. Berikut merupakan kata kerja yang telah dikenal pasti dalam lirik lagu ini.
1
Zaman-zaman ya Rasullullah
Zaman Nabi tanah Mekah
Wafat Nabi di Madinah
Meninggalkan anak Siti Fatimah.
2
Bismillah itu mula pertama
Keadaan zat bersama-sama
Dizahirkan sifat tentukan asma
Qidam dan baqa sedialah lama.
3
Asal daripada Nabi Allah
Asal nawahi Nur Khatam
Dipecah empat akhir qidam
Dipecahnya itu sekalian alam
4
Rahim bapamu turun ibumu
Empat puluh hari Nadqah namamu
Lapan puluh hari Nadqah namamu
Seratus dua puluh hari Madqah namamu.
5
Dikandung ibumu sembilan bulan 
Lebih dan kurang tiada ditentukan
Beberapa azab kesakitan
Dipantang pula minum dan makan.
6
Apabila ibumu perutnya sarat
Hendak berjalan tiadalah larat
Hatinya itu terlalu gelorat
Bapamu pantang terlalu berat
7
Bapamu itu kerasnya pantang
Siang dan malam pagi dan petang
Tiada berani membunuh binatang
Takut akhirnya cederanya datang.
8
Hassan Hussin anak cucu Rasulullah
Mati Hassan tinggal Hussin
Mati perang Sabilillah.
9
Apabila sudah cukupnya hari
Sakitlah ibumu tiada terperi
Bapamu pun turun berlari-lari
Memanggil bidan bawa ke mari.
10
Bidan pun datang tiadalah lambat
Serta membawa kelengkapan ubat
Dilihatnya penuh saudara sahabat
Bidan pun naik bertempuh rapat.

11
Sakit ibumu tiada terkira
Berhimpunlah sanak saudara
Sangatlah ramai tiada terkira
Sekeliannya itu duduk berjaga.
12
Perutnya sakit bagai nak pecah
Bukannya kurang makin bertambah
Dipanggil bapamu disuruhnya langkah
Dipintanya ampun barang yang salah.
13
Adam Siti Hawa datuk nenek moyang kita
Wafat di Judah di luar kota
Panjang kuburnya 40 hasta
Batu nisannya berjajar tiga.
14
Apabila engkau sudah jatuh ke lantai
Bidan datang segera dicapai
Dibasuh dicuci semua selesai
Diambil kain diberi pakai.
15
Kenanglah olehmu Awang dan Dayang
pada ibu bapamu hendaklah sayang
Sakitnya badan hangat berdiang
Hangat serta malam dan siang.
16
Ibumu berdiang tiada berhenti
Hidupnya pun serasa mati
Terlalu gundah di dalam hati
Antara anak lepas 44 hari.
17
Waktu ibumu di atas gerai
Air matanya jatuh berderai
Wahai anakku emas berurai
Dengan ibumu jangan bercerai.
18
Beranakkan engkau sudahlah tentu
Diletak dalam talam yang satu
Bapanya rendam gula batu
Diberi hisap ganti susu.
19
Di antara anak lepas 44 hari
Pusat engkau luruh sendiri
Dipotong rambut buat kenduri
Haji dan Lebai dipanggil ke mari.
20
Ayuhai anak paras gemilang
Pada ibumu banyaklah sayang
Dipeliharanya engkau bukannya senang
Tidur tak lena makan tak kenyang.
21
Memelihara engkau terlalu sudah
Tidur tidak pernah merasa mudah
Kiri kanan habis basah
Berlumur kencing dengan muntah.
22
Dijaga engkau tidak terperikan
Engkau diletak di atas ribaan
Tatkala menangis dipujukkan
Segala makanan tiada tertelan.
23
Adam Siti Hawa
Datuk nenek moyang kita
Mati di Judah di luar kota
Berapa panjang kuburnya 40 hasta.
24
Ibumu itu penat terlalu
Digantung tirai serta kelambu
Serta pula dipasang tuntu
Tak diberi nyamuk hampir padamu.
25
Ibu bapamu miskin terhutang
Kain sehelai haram di pinggang
Kain pun basah anak dipegang
Tarik ke atas di bawah renggang.
26
Susahnya ayah bukan sedikit
Disuluh nyamuk tak diberi gigit
Bila menangis bunyi sedikit
Daripada tidur segera bangkit.
27
Diangkat di diri dialah lali
Ayuhai anakku emas gemala
Diminta doa kepada Allah Taala
Supaya jangan mendapat cela
28
Ayuhai anakku emas rupawan
Tidurlah anak atas pangkuan
Ibu berdoa ke hadrat Tuhan
Jangan terkena penyakit sawan.
29
Jika ibu bapamu orang miskin
Tiada sampai dua helai kain
Biar jimat dia dipakai
Ditampung dihubung dibuat lampin.
30
Dengarlah anak yang berbahagia
Sampai umurmu muda belia
Baik tingkah kelakuan kaya
Dipuji orang akannya kita.
31
Kepada ibu bapa jangan dilawan
Sangat dimurka olehnya Tuhan
Ke dalam neraka dimasukkan
Azabnya tidak terperikan.
32
Jika disuruh engkau mengaji
Membaca Quran jangan dibenci
Supaya dapat makam terpuji
Sama ada perempuan atau lelaki.
33
Janganlah takut pergi mengaji
Di Padang Mahsyar tiadalah rugi
Buang olehmu fiil yang keji
Supaya terang hati mengaji
34
Sembahyanglah anak jangan berhenti
Dari hidup sampai ke mati
Di Padang Mahsyar diguna nanti
Di sanalah ayah bonda menanti
35
Sembahyang itu jangan dielak
Siang dan malam janganlah tidak
Serta mengaji janganlah tidak
Itulah tuntutan sangat dikehendak.
36
Janganlah tuan mengikut nafsu
Berkehendakkan intan permata batu
Minta jauh sekeliannya itu
Kepada Allah juga yang tentu.
37
Jika kita pergi mengaji
Kepada lebai ataupun haji
Kita ikutlah bersungguh hati
Jangan diumpat atau dikeji.
38
Ayuhai anakku muda bestari
Jangan bermain sehari-hari
Banyaklah ilmu engkau pelajari
Supaya senang kemudian hari.
39
Janganlah tuan segan dan silu
Pergilah mengaji kepada guru
Ikutlah tuan katanya itu
Jangan dibuat barang tak tentu.
40
Jika kita pandai mengaji
Ibu dan bapa bersuka hati
Kasihan ia tidak terperi
Ialah sangat berkehendak di hati.
41
Habislah nasihat tamat kalam
Dendang Fatimah ampun dalam salam
Salah silapnya tersebut kelam
Jangan simpan di dalam hati.

7.2 Mengelaskan jenis kata kerja dalam lirik lagu berendoi Dendangan Siti Fatimah
Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan frasa kerja. Secara lazimnya, kata kerja menunjukkan satu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Kata kerja terdiri daripada berikut :

 

7.2.1 Kata Kerja Transitif
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang diikuti oleh objek yang terdiri daripada kata atau frasa nama yang melengkapkan maksudnya. Kata kerja transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja pasif.


7.2.2 Kata Kerja Transitif Aktif
Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif. Ia menerima imbuhan meN-, meN-…-kan, dan meN-…-i. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terdapat beberapa kata kerja transitif aktif yang terdapat dalam lirik lagu Berendoi Dendang Siti Fatimah. Antaranya ialah:
Meninggalkan anak…
…membunuh binatang.
Memelihara engkau …

Berdasarkan jadual diatas kata kerja transitif aktif mengandungi objek. Sebagai contoh, kata kerja transitif aktif “meninggalkan” merupakan kata kerja yang mendahului objek iaitu “anak” . Seterusnya, kata kerja transitif aktif “membunuh” memerlukan objek “binatang” untuk melengkapkannya. “memelihara” pula juga memerlukan “engkau” sebagai objek lengkapnya.

7.2.3 Kata Kerja Pasif
Kata kerja pasif berfungsi dalam ayat pasif. Ia menerima imbuhan di-, di-…-kan, di-…-i, dan ter. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terdapat beberapa kata kerja pasif. Antaranya ialah:
Contoh 1 : Dipecah empat akhir qidam
Contoh 2 : Dizahirkan sifat tentukan asma
Disuluh nyamuk tak diberi gigit
Dikandung ibumu sembilan bulan 
Engkau diletak di atas ribaan 
Diambil kain diberi pakai
Dibasuh dicuci semua selesai
Serta pula dipasang tuntu
Engkau diletak di atas ribaan
Digantung tirai serta kelambu
Sakit ibumu tiada terkira
Ibu bapamu miskin terhutang
Merujuk senarai jadual diatas menunjukkan kata kerja yang telah berlaku. Sebagai contoh, “Dipecahkan empat akhir qidam” bukanlah bermaksud sedang berlaku pecahan tersebut tetapi menunjukkan “…akhir qidam” sudahpun dipecahkan. Begitu juga dengan kata kerja “ Dizahirkan” yang menunjukkan “sifat” telahpun dizahirkan.

7.2.2.1 Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut. Kata kerja tak transitif ini boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi untuk memberikan maklumat tambahan. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, terdapat beberapa kata kerja tak transitif tanpa pelengkap. Antaranya ialah:

Contoh : Ibu berdoa ke hadrat Tuhan
Bidan pun naik bertempuh rapat.
Bapamu pun turun berlari-lari.
Ialah sangat berkehendak di hati.
Dipantang pula minum dan makan
Jangan bermain sehari-hari.
Bapanya rendam gula batu.
Air matanya jatuh berderai.
Diberi hisap ganti susu.

Berdasarkan contoh berikut menunjukkan kata kerja sesuatu perbuatan sedang “berdoa ke hadrat Tuhan”. Namun begitu, kata kerja “berdoa” boleh berdiri sendiri tanpa frasa “…ke hadrat Tuhan” kerana kata kerja “berdoa” sudahpun boleh difahami meskipun tanpa frasa “…ke hadrat Tuhan”. Oleh itu, frasa “…ke hadrat Tuhan” hanya berfungi sebagai penerang kepada “berdoa” sahaja.

7.2.2.2 Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud. Unsur pelengkap ini tidak sama dengan objek, kerana objek hanya hadir selepas kata kerja transitif dan boleh mengalami proses pasif. Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat. Ayat mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan. Berdasarkan kajian yang dilakukan, terdapat beberapa kata kerja tak transitif berpelengkap. Antararanya ialah :

Contoh : Diambil kain diberi pakai
Diminta doa kepada Allah Taala
Dipotong rambut buat kenduri
Ibu dan bapa bersuka hati
Janganlah tuan mengikut nafsu
Kita ikutlah bersungguh hati

Berdasarkan contoh di atas, menunjukkan bahawa kata kerja “diberi” memerlukan penyambutnya “pakai” kerana tanpa perkataan “pakai”, kata kerja “diberi” akan menimbulkan suatu tanda tanya selepasnya. Selain itu, frasa “Diambil kain diberi pakai” tidak boleh dipasifkan. Hal ini demikian kerana, maksud frasa “diambil kain diberi pakai” menunjukkan perbuatan memberikan pakaian tersebut yang telah diambil tetapi jika dipasifkan kepada “pakaian diberikan oleh kain ambilan” telah menunjukkan sesuatu frasa yang sukar difahami serta mengalami perubahan pada maksudnya.




7.3 Kekerapan Penggunaan Kata Kerja dalam Lirik Lagu Berendoi Dendangan Siti Fatimah
Jenis Kata Kerja


Kata kerja transitif aktif
Kata kerja pasif
Kata kerja tak transitif tanpa  pelengkap
Kata kerja tak transitif berpelengkap
Kekerapan
30
35
24
29
Peratus ( % )
25
30
20
25
Jadual 1 : Kekerapan Penggunaan Kata Kerja dalam Lirik Lagu Berendoi Dendangan Siti Fatimah
  

(Rajah 1: Kekerapan Penggunaan Kata Kerja dalam Lirik Lagu Berendoi Dendangam Siti Fatimah)

Berdasarkan rajah di atas menunjukkan bahawa kekerapan kata kerja yang digunakan ialah kata kerja pasif. Sebanyak 35 kata kerja pasif digunakan secara berulang kali dalam lirik lagu berendoi Dendangan Siti Fatimah manakala dari segi peratusnya pula 30 % iaitu kata kerja tersebut mencatatkan kekerapan tertinggi dalam lirik lagu ini. Hal ini disebabkan lagu tersebut termasuk dalam puisi tradisional Melayu. Puisi tradisonal bahasa Melayu banyak menggunakan kata kerja pasif selain untuk mendapatkan ritma yang betul dan menarik dalam puisi.

8.0 Rumusan Kajian
Kesimpulannya, kajian ini telah menunjukkan jenis kata kerja yang terdapat dalam lirik lagu tersebut. Kata kerja ini terdiri daripada beberapa jenis. Melalui kajian ini, kami telah mengenal pasti bahawa lirik lagu berendoi Dendangan Siti Fatimah telah menggunakan beberapa jenis kata kerja yang terdapat dalam bahasa Melayu. Antaranya kata kerja transitif aktif, kata kerja pasif, kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap.

9.0 Penutup
Kajian ini telah memaparkan hasil dapatan yang berkaitan dengan morfologi bahasa Melayu iaitu penggunaan kata kerja dalam lirik lagu berendoi Dendangan Siti Fatimah mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Huraian keseluruhan mendapati bahawa penggunaan kata kerja banyak digunakan dalam lirik lagu tersebut.

Semoga kajian ini dapat dijadikan panduan dan titik tolak kepada rakan-rakan yang lain untuk dijadikan sebagai rujukan dalam menulis karangan, penulisan, dan dalam bentuk lisan.
Bibliografi

1. Karya penulis
a) Nik Safiah Karim dan Shahidah Hashim, 2016. Ace Ahead Teks STPM Bahasa Melayu Penggal 2 Edisi Ketiga. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
b) Nik Safiah Karim et al., 2010. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
c) Norliza Jamaluddin et al., 2017. Ace Ahead Teks STPM Bahasa Melayu Penggal 3 Edisi Kedua. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

2. Bahan Internet
a) Nishya Sheema. 2014. Jenis-jenis Kata Kerja. Diakses pada 9 Ogos 2017, daripada https://www.slideshare.net/Nishya/jenisjenis-kata-kerja 

LAMPIRAN
1
Zaman-zaman ya Rasullullah
Zaman Nabi tanah Mekah
Wafat Nabi di Madinah
Meninggalkan anak Siti Fatimah.
2
Bismillah itu mula pertama
Keadaan zat bersama-sama
Dizahirkan sifat tentukan asma
Qidam dan baqa sedialah lama.
3
Asal daripada Nabi Allah
Asal nawahi Nur Khatam
Dipecah empat akhir qidam
Dipecahnya itu sekalian alam
4
Rahim bapamu turun ibumu
Empat puluh hari Nadqah namamu
Lapan puluh hari Nadqah namamu
Seratus dua puluh hari Madqah namamu.
5
Dikandung ibumu sembilan bulan 
Lebih dan kurang tiada ditentukan
Beberapa azab kesakitan
Dipantang pula minum dan makan.
6
Apabila ibumu perutnya sarat
Hendak berjalan tiadalah larat
Hatinya itu terlalu gelorat
Bapamu pantang terlalu berat
7
Bapamu itu kerasnya pantang
Siang dan malam pagi dan petang
Tiada berani membunuh binatang
Takut akhirnya cederanya datang.
8
Hassan Hussin anak cucu Rasulullah
Mati Hassan tinggal Hussin
Mati perang Sabilillah.
9
Apabila sudah cukupnya hari
Sakitlah ibumu tiada terperi
Bapamu pun turun berlari-lari
Memanggil bidan bawa ke mari.
10
Bidan pun datang tiadalah lambat
Serta membawa kelengkapan ubat
Dilihatnya penuh saudara sahabat
Bidan pun naik bertempuh rapat.
11
Sakit ibumu tiada terkira
Berhimpunlah sanak saudara
Sangatlah ramai tiada terkira
Sekeliannya itu duduk berjaga.
12
Perutnya sakit bagai nak pecah
Bukannya kurang makin bertambah
Dipanggil bapamu disuruhnya langkah
Dipintanya ampun barang yang salah.
13
Adam Siti Hawa datuk nenek moyang kita
Wafat di Judah di luar kota
Panjang kuburnya 40 hasta
Batu nisannya berjajar tiga.
14
Apabila engkau sudah jatuh ke lantai
Bidan datang segera dicapai
Dibasuh dicuci semua selesai
Diambil kain diberi pakai.
15
Kenanglah olehmu Awang dan Dayang
pada ibu bapamu hendaklah sayang
Sakitnya badan hangat berdiang
Hangat serta malam dan siang.
16
Ibumu berdiang tiada berhenti
Hidupnya pun serasa mati
Terlalu gundah di dalam hati
Antara anak lepas 44 hari.
17
Waktu ibumu di atas gerai
Air matanya jatuh berderai
Wahai anakku emas berurai
Dengan ibumu jangan bercerai.
18
Beranakkan engkau sudahlah tentu
Diletak dalam talam yang satu
Bapanya rendam gula batu
Diberi hisap ganti susu.
19
Di antara anak lepas 44 hari
Pusat engkau luruh sendiri
Dipotong rambut buat kenduri
Haji dan Lebai dipanggil ke mari.
20
Ayuhai anak paras gemilang
Pada ibumu banyaklah sayang
Dipeliharanya engkau bukannya senang
Tidur tak lena makan tak kenyang.
21
Memelihara engkau terlalu sudah
Tidur tidak pernah merasa mudah
Kiri kanan habis basah
Berlumur kencing dengan muntah.
22
Dijaga engkau tidak terperikan
Engkau diletak di atas ribaan
Tatkala menangis dipujukkan
Segala makanan tiada tertelan.
23
Alib :
Adam Siti Hawa
Datuk nenek moyang kita
Mati di Judah di luar kota
Berapa panjang kuburnya 40 hasta.
24
Syair :
Ibumu itu penat terlalu
Digantung tirai serta kelambu
Serta pula dipasang tuntu
Tak diberi nyamuk hampir padamu.
25
Ibu bapamu miskin terhutang
Kain sehelai haram di pinggang
Kain pun basah anak dipegang
Tarik ke atas di bawah renggang.
26
Susahnya ayah bukan sedikit
Disuluh nyamuk tak diberi gigit
Bila menangis bunyi sedikit
Daripada tidur segera bangkit.
27
Diangkat di diri dialah lali
Ayuhai anakku emas gemala
Diminta doa kepada Allah Taala
Supaya jangan mendapat cela
28
Ayuhai anakku emas rupawan
Tidurlah anak atas pangkuan
Ibu berdoa ke hadrat Tuhan
Jangan terkena penyakit sawan.
29
Jika ibu bapamu orang miskin
Tiada sampai dua helai kain
Biar jimat dia dipakai
Ditampung dihubung dibuat lampin.
30
Dengarlah anak yang berbahagia
Sampai umurmu muda belia
Baik tingkah kelakuan kaya
Dipuji orang akannya kita.
31
Kepada ibu bapa jangan dilawan
Sangat dimurka olehnya Tuhan
Ke dalam neraka dimasukkan
Azabnya tidak terperikan.
32
Jika disuruh engkau mengaji
Membaca Quran jangan dibenci
Supaya dapat makam terpuji
Sama ada perempuan atau lelaki.
33
Janganlah takut pergi mengaji
Di Padang Mahsyar tiadalah rugi
Buang olehmu fiil yang keji
Supaya terang hati mengaji
34
Sembahyanglah anak jangan berhenti
Dari hidup sampai ke mati
Di Padang Mahsyar diguna nanti
Di sanalah ayah bonda menanti
35
Sembahyang itu jangan dielak
Siang dan malam janganlah tidak
Serta mengaji janganlah tidak
Itulah tuntutan sangat dikehendak.
36
Janganlah tuan mengikut nafsu
Berkehendakkan intan permata batu
Minta jauh sekeliannya itu
Kepada Allah juga yang tentu.
37
Jika kita pergi mengaji
Kepada lebai ataupun haji
Kita ikutlah bersungguh hati
Jangan diumpat atau dikeji.
38
Ayuhai anakku muda bestari
Jangan bermain sehari-hari
Banyaklah ilmu engkau pelajari
Supaya senang kemudian hari.
39
Janganlah tuan segan dan silu
Pergilah mengaji kepada guru
Ikutlah tuan katanya itu
Jangan dibuat barang tak tentu.
40
Jika kita pandai mengaji
Ibu dan bapa bersuka hati
Kasihan ia tidak terperi
Ialah sangat berkehendak di hati.
41
Habislah nasihat tamat kalam
Dendang Fatimah ampun dalam salam
Salah silapnya tersebut kelam
Jangan simpan di dalam hati.



  

Comments